Telah berlangsung majlis menandatangan perjanjian persefahaman di antara MIICCI dan OSTIM Medical Industry Association (Turkiye) di Hotel Sheraton Kuala Lumpur pada 26 Februari 2024
Perjanjian ini telah ditandatangan oleh Tuan Haji Muhamad Amin Fahmi, Pengerusi MIICCI Nasional dan Mr Fatin Daginar, Presiden OSTIM Medical Industry Association
Perjanjian ini merupakan komitmen kedua-dua pihak bagi menggalak ekonomi dan perdagangan khusus dalam industri perubatan dan farmaseutikal antara negara Malaysia dan Turkiye
Hadir sama ke sesi ini adalah Tuan Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SMECORP Malaysia yang juga Perasmi program, Puan Aidahwaty, Pengarah, Medical Device Authority (MDA) Malaysia, Mdm Merve, Commercial Councellor, Kedutaan Republik Turkiye di Malaysia
Turut berlangsung sesi padanan perniagaan (B2B) di antara syarikat Malaysia dan delegasi Turkiye dengan rekod potensi perdagangan bernilai USD200,000
MIICCI akan terus berperanan dalam memudahcara dan memakmur perdagangan di antara Malaysia dan Turkiye
Lihat gambar dan video aktiviti di Facebook MIICCI.