23 & 24 Januari 2024

Pimpinan Utama MIICCI telah mengadakan lawatan kerja selama 2 hari ke Kedah untuk bertemu dengan syarikat SME Kedah yang akan sertai Misi Eksplorasi Pasaran ke Turkiye

Lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji Amin Fahmi, Pengerusi MIICCI Nasional merangkap Ketua Delegasi MIICCI ke Turkiye

Turut serta di dalam lawatan ini adalah Tuan Haji Ismail (Penasihat MIICCI Nasional), Tuan Faizal Zailan (Ketua MIICCI Kedah) dan Tuan Inshomuddin (Timbalan Ketua MIICCI Kedah)

Syarikat SME Kedah terpilih yang telah melepasi tapisan sebagai Delegasi MIICCI ke Turkiye adalah Halagel (M) Sdn Bhd, DASC International Sdn Bhd, Nfara S Biotechnology (M) Sdn Bhd, MOS Nutraceutical Sdn Bhd, dan Dr Aishah Solution Sdn Bhd.

Misi Eksplorasi Pasaran ini akan berlangsung pada Februari 2024 dianjurkan oleh MIICCI dengan kerjasama SMECORP Kedah dan disokong penuh oleh kerajaan negeri Kedah

Semoga Misi Eksplorasi Pasaran ini berjaya merekodkan kejayaan yang membanggakan buat negeri Kedah


Lihat gambar dan video aktiviti di Facebook MIICCI.