This article is available in Bahasa Melayu only.
18 Januari 2024
Telah berlangsung pertemuan di antara MIICCI dan Myevents International bagi membincangkan penganjuran program antarabangsa bagi tahun 2024.
Kehadiran MIICCI terdiri daripada Tuan Haji Amin Fahmi (Pengerusi), Tuan Haji Ismail (Penasihat), dan Tuan Amirul (Setiausaha). Myevents dihadiri oleh Puan Thana (Pengarah) dan Tuan Rizanur (Pengurus).
Beberapa siri program antarabangsa akan dianjur bersama oleh MIICCI-MYEVENTS dengan fokus kepada negara-negara di Timur Tengah, Asia Tengah, Afrika dan Eropah.
MIICCI terus komited bawa syarikat Malaysia berdagang hingga ke persada dunia.
See photos and video of this activity on Facebook MIICCI.